Majlis Dekan ICT (MaDICT) ditubuhkan bagi menyediakan satu platform yang membolehkan kesemua dekan ICT universiti awam berkongsi pengalaman, idea dan pengetahuan berkaitan dengan pengurusan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang ICT.
VISI
- Menjadi platform yang berkesan dalam menerajui kecemerlangan ICT Malaysia ke tahap global
MISI
- Memaju dan mempromosikan ICT & inovasi secara holistik
SKOP
- Pengajian tinggi
- Penyelidikan
- Komuniti
- Industri
FUNGSI/PERANAN
- Mengkaji dan memberi maklumbalas isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan ICT negara
- Memberi cadangan kepada kementerian berkenaan keperluan pendidikan tinggi bidang ICT
- Memantapkan kualiti program pengajian tersedia masa hadapan
- Mempertingkatkan keterlihatan pengajian ICT negara ke peringkat global
- Menyediakan platform bagi perkongsian amalan terbaik kepada pemegang taruh
- Memantapkan jalinan kerjasama dengan industri, komuniti, agensi kerajaan dan persatuan/SIG untuk kelestarian ICT
Pada masa ini MaDICT dianggotai oleh 22 dekan fakulti ICT, iaitu 19 daripada universiti awam dan 3 daripada universiti swasta.